Home | My Account | Customer Service |  Shopping Cart Shopping Cart 0 item(s) / Total: $0
Home>Dictionary

Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam

Part Number 1336
Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam
Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam
Email a friend Email a friend
Questions about this item? Be the first to ask here. Questions about this item? Be the first to ask here.
Price
Your Price:  
$10.00
Availability:
In Stock
Share |
Quantity
Add to Gift Registry
Add to Wish List
Description
Penerbit: DBP, Brunei
Tahun: 2011
Muka Surat: 321p
Binding: Kulit Tebal
ISBN 99917-0-814-6

DAFTAR LEKSIKAL 7 Dialek Brunei Darussalam menyenaraikan leksikal umum dialek penutur tujuh puak jati Negara Brunei Darussalam. Kata masukan daftar ini merupakan data emperikal bersumberkan korpus lisan hasil daripada kajian lapangan. Tatacara kerja bagi menjayakan projek ini berlangsung bertahap-tahap. Pertama, DBP dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan Bengkel Penjanaan Korpus dan Bengkel Fonetik Akustik sebagai persiapan menangani kajian lapangan. Kajian lapangan tujuh dialek (dialek Melayu Brunei, dialek Kedayan, dialek Dusun, dialek Tutong, dialek Murut, dialek Belait, dan dialek Bisaya) berlangsung pada 19-10-2010 hingga 09-03-2011, manakala data dialek Belait dimanfaatkan daripada hasil lapangan pada tahun 2007 hingga 2009. Rakaman data menerapkan metode Swadesh dan leksem yang dianggap universal dalam penggunaan seharian meliputi kosa kata dasar, kata bilangan, nama-nama anggota badan, alam sekitar, dan alat kelengkapan seharian. Data temu bual dirakam berdasarkan catatan fonetik auditori dan rakaman fonetik akustik dengan mengaplikasi perisian wave surfer. Kajian lapangan berlangsung di tiga zon permukiman penutur setiap dialek yang melibatkan lebih 50 orang informan pilihan dan informan spontan berusia 50 tahun ke atas. Kedua, data-data lapangan (rakaman akustik aplikasi wave surfer) dianalisis untuk mengidentifikasi kesahihan fonetik auditori dan fonem setiap tutur. Di samping itu, kajian mengidentifikasi pertalian semantik juga dilakukan berdasarkan contoh-contoh penggunaan kata yang dirakam. Pada tahap ini kajian atau analisis berlangsung di Unit Perkamusan. Tahap Ketiga merupakan pendigitalisasian data ke dalam sistem yang dibina khas sebagai pusat khidmat pelbagai kamus kepada pengguna. Sistem ini insya-Allah akan dapat dimanfaatkan oleh pengguna sebaik sahaja Projek Gerbang Bahasa DBP dirasmikan.

Sebagai ikhtiar awal, daftar ini menyenaraikan Ieksem-leksem yang berbentuk dasar dan terbitan yang mencakupi bentuk frasa. Bagi memudahkan pengguna mengesan leksikal yang dikehendaki, daftar ini disusun berdasarkan leksem bahasa Melayu secara abjad yang disejajarkan dengan padanan Ieksem dialek-dialek yang berkenaan. Pada peringkat ini daftar ini hanya merupakan inventori leksikal yang akan diperkemas kini dalam terbitan seterusnya sebagai sebuah kamus Ieksikal 7 dialek Brunei Darussalam. Namun demikian dengan terbitnya Daftar Leksikal 7 Dialek Brunei Darussalam ini diharap akan dapat membakar semangat puak-puak jati di Negara ini untuk terus menghidupkan dialek masing-masing dan menggunakannya sebagai wahana komunikasi sosial seperti zaman lampau.

Related Items
Bahana Bil. 9 2015
Bahana Bil. 9 2015
Your Price: $3.00
Muda Omar 'Ali Saifuddien: Resepsi Tokoh dan Karya
Muda Omar 'Ali Saifuddien: Resepsi Tokoh dan Karya
Your Price: $22.90
Seni Anyaman
Seni Anyaman
Your Price: $8.00
Crosswise The Boulevard and Extraordinary Love Saga
Crosswise The Boulevard and Extraordinary Love Saga
Your Price: $7.00
Recently Viewed Items
2
Amalan Rahsia Dan Kehebatan Ayat Al-Quran
$15.00 more »
3
Investigations Into Fisheries Resources In Brunei
$49.99 more »
Hi! Welcome to Krafiti
.......................................
At Krafiti we support Brunei's author and publisher online. We hope that you find it a good place to buy some Brunei's books. Your prices including handling and shipping is in Brunei or Singapore Dollar.

Simply 'search by keyword' for the book title, author, ISBN, publisher you want or browse our subject categories and sub-categories to find your interests.

And we have the one low shipping charge for delivery to anywhere in Brunei Darussalam. We also welcome and cater for international customers all over the world.