Home | My Account | Customer Service |  Shopping Cart Shopping Cart 0 item(s) / Total: $0

Mussidi + Putera Katak Brunei = 365 Fiksi Mini

Posted by Administrator on 7/24/2013


Jika awda tidak mempunyai masa untuk menulis sebuah cerita yang panjang dan mengambil jarak yang begitu lama untuk menghasilkan sebuah novel misalnya, cukuplah hanya dengan menulis sebuah puisi atau sajak atau cerita-pendek-pendek sahaja dalam satu jam atau satu hari. Dan, awda sudah pasti akan mendapatkan satu hasil yang boleh dibanggakan serta berguna kepada orang di sekeliling, jikapun ianya tidak dapat mempengaruhi sebuah masyarakat yang lebih besar.

Inilah yang dapat kita lihat melalui buku 365 Fiksi Mini yang ditulis oleh Putera Katak Brunei, atau lebih dikenali dengan nama Mussidi di dalam dunia kesusasteraan Melayu di Negara Brunei Darussalam yang juga merupakan salah seorang penerima SEA Writers Award bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 1994.

Melalui prakata buku 365 Fiksi Mini ini penulis turut menyatakan bahawa cerita-cerita pendek yang termuat di dalamnya adalah "ditulis sebagai 'mental exercise' bagi saya dan sebagai cabaran peribadi untuk menulis satu cerita setiap hari selama satu tahun".

"Tidak ada batasan-batasan tertentu yang saya tetapkan selain cerita tidak boleh melebihi 1000 perkataan (lebih sedikit tidak apa), di tulis dalam masa kira-kira satu jam".

"Dengan batasan-batasan tersebut tentu saja cerita-cerita ini banyak kekurangannya, apa pun kekurangannya, mengimbas kembali, saya merasa seronok juga menulisnya dan saya harap biskita juga seronok membacanya," catat Putera Katak Brunei dalam lembaran awal buku tersebut.

Cerita-cerita yang termuat dalam 365 Fiksi Mini pada awalnya terbit di Status facebook penulisnya https://www.facebook.com/putera.katak.3 bermula pada awal tahun 2012 dan 365 hari (setahun) kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai edaran peribadi penulis dan amal kebajikan melalui bidang penulisan.

365 Fiksi Mini yang dicetak setebal 414 muka surat ini sekarang sedang dijual kepada pembaca dan peminatnya dengan harga serendah $10.00 senaskah.
Share |
 
Add Comment
Name 
Email 
Body 
Verification:
Type the word above...
 


 How to Buy Books at Krafiti.com
 Mussidi + Putera Katak Brunei = 365 Fiksi Mini
 Masa Depan Kedai Buku Online di Brunei.

 September 2013
 July 2013