Penulis/Penyusun: Ustaz Haji Mohammad Sahri bin Haji Sulaiman Penerbit: Ustaz Haji Mohammad Sahri bin Haji Sulaiman Tahun Terbitan: Cetakan Kelapan 2011 Muka Surat: 322p Binding: Kulit Nipis ISBN 99917-48-71-7
Kitab Al-Quran merupakan mukjizat, wahyu, rahmat, hidayat, penawar, pelita hidup, kalamullah yang paling agung yang mengandungi pelbagai fadhilat, khasiat, rahsia, ilmu, hikmah, syifa, yang terlalu banyak untuk dirungkaikan, sesungguhnya setiap surah, ayat, kalimah, perkataan, huruf, baris, titik, dalam Al-Quran mempunyai khasiat rahsia dan makna tersendiri yang diberi ganjaran pahala bagi sesiapa yang membacanya dan mahu mengamalkannya, yang dikurniakan Allah S.W.T untuk sebaik-baik ummah Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya hanya insan yang betul-betul merindui kesucian kalamullah akan mendapat ganjaran pahala dan nikmat daripadanya, insan yang senantiasa berusaha mengamalkan, mendalami serta memahami isi kandungan Al_Quran bermakna ia telah berusaha menuju kepada apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.
Dalam kitab Amalan Rahsia dan Kehebatan Ayat Al-Quran ini, hanya dipaparkan sebahagian kecil sahaja rahsia dan kehebatan Al-Quran yang maha luas, sama ada untuk perubatan, amalan, ilmu, hikmah dan lainnya, semoga apa yang terkandung di dalamnya akan dapat di manfaatkan sebaik mungkin serta mendapat keredhaan, keberkatan dunia dan akhirat serta bermanfaat bagi sekalian umat Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam. |