Penulis: Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tahun: 2011
Muka Surat: 72p
Binding: Kulit Nipis
ISBN 99917-33-98-1
Buku ini merupakan kandungan kertas kerja yang
disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Darn Sen Maharaja Dato Paduka Seri Setia
Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, di Seminar
Antarabangsa Mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah sempena Sambutan Jubili
Perak Penubuhan Pusat Da’wah Islamiah pada 24 Rabiulakhir, 1432 bersamaan 29
Mac, 2011
Memandangkan pada hari ini semakin banyak
fahaman yang mengelirukan dan terpesong daripada aqidah Islam sebenar, buku ini
adalah sesuai untuk dibaca oleh berbagai golongan masyarakat dalam memandu kita
ke arah memahami dan beramal dengan aqidah yang dipegang oleh para ulama dan
orang-orang yang mengikut perjalanan Nabi Muhammad Shalialidhu ‘alaihi
wasallam. Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah aqidah yang berlandaskan
al-Qur’an, hadits dan juga Umd’ ulama.
Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah inilah yang telah
menyatukan umat Islam negara ini dan mencorakkan kehidupan beragama, menyuluh
masyarakat ke arah hidup yang lebih selarnat dan stabil serta membina sebuah negara
yang maju dan sejahtera.
Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah inilah yang telah
menyatukan umat Islam negara ini dan mencorakkan kehidupan beragama, menyuluh
masyarakat ke arah hidup yang lebih selarnat dan stabil serta membina sebuah negara
yang maju dan sejahtera.
Mengandungi terjemahan 2 bahasa asing iaitu
Inggeris dan Arab daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Melayu, buku ini
diharapkan dapat mencapai matlamatnya dalam menyebarkan ilmu Islam seluas
mungkin kepada berbagai lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Semoga buku ini akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman kita khasnya
berhubung dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, di samping akan dapat mendorong
kita supaya terus memperjuangkan dan mempertahankannya kerana ia berhadapan
dengan ancaman-ancaman yang datang dan pelbagai sudut, sama ada daripada
golongan bukan Islam mahupun mereka yang mendakwa sebagai Islam tetapi
sebenarnya sesat dan kufur.