Home | My Account | Customer Service |  Shopping Cart Shopping Cart 0 item(s) / Total: $0
Home>General

Berita Televisyen Dan Pembangunan Negara: Kajian Kes Radio Televisyen Brunei

Part Number 0068
Berita Televisyen Dan Pembangunan Negara: Kajian Kes Radio Televisyen Brunei
Berita Televisyen Dan Pembangunan Negara: Kajian Kes Radio Televisyen Brunei
Email a friend Email a friend
Questions about this item? Be the first to ask here. Questions about this item? Be the first to ask here.
Price
Your Price:  
$4.50
Availability:
In Stock
Share |
Quantity
Add to Gift Registry
Add to Wish List
Description
Penulis: Haji Johari Achee
Penerbit: DBP, Brunei
Tahun Terbitan: 2000
Muka Surat: 115p
Binding: Kulit Nipis
ISBN 99917-0-187-7

Distertasi ini mengkaji dan menilai peranan berita televisyen yang disiarkan oleh Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam konteks pembangunan negara dan dalam memupuk semangat kebangsaan. Kajian dalam buku ini mendedahkan sejarah, politik dan kebudayaan Brunei dan memberikan pemahaman kepada pelbagai media dalam negeri. Ia juga mengkaji pelbagai faktor yang membentuk kandungan berita RTB. RTB merupakan jabatan kerajaan yang berusaha menjaga kepentingan kerajaan dan penonton yang terdedah kepada pelbagai media di peringkat antarabangsa. Kadang-kadang kepentingan ini bertentangan terutamanya mengenai berita dan hal-ehwal semasa. Disertasi ini mengkaji bagaimana RTB menangani situasi pradoks dan mengemukakan penyelesaian yang boleh dilakukan terhadap dilema ini. Perkara yang dibahaskan ialah di satu pihak, kerajaan Brunei mahu menyebarkan idea-idea yang selaras dengan kepentingannya dan membantu mengekalkan status quo dan oleh itu sebahagian besarnya kerajaan menggunakan RTB sebagai jurucakapnya sendiri. Di satu pihak yang lain, orang Brunei semakin ramai yang mempunyai pendidikan yang lebih baik dan terdedah kepada kebudayaan selain kebudayaan mereka sendiri - melalui perjalanan di luar negeri serta dengan kedatangan siaran satelit dari berbagai stesen penyiar. Oleh itu, jangkaan penonton bagi program yang berkualiti tinggi dan kecanggihan mereka yang meningkat dalam menginterpretasi media ini menandakan bahawa RTB hendaklah mengubah dasar dan program jika ia ingin memenuhi selera penonton dan perancangannya menjaga kepentingan awam dan negara. Juga dibahaskan ialah RTB mempunyai peranan yang penting dalam memupuk semangat kebangsaan yang baik, walau bagaimanapun ia tidak mencapai tahap nasionalisme yang diinspirasikan oleh kerajaan yang mungkin boleh menjejaskan kebangsaan. Seterusnya untuk menjaga kepentingan negara RTB hendaklah mengakui dan mencerminkan kepelbagaian kebudayaan dan politik yang wujud dalam negara serta menyediakan forum untuk perdebatan awam yang mencakupi tentang isu dan dasar bagi kepentingan negara. Juga ditegaskan bahawa untuk memberi khidmat bagi kepentingan negara dan mencerminkan kepelbagaian kebudayaan ini, perhubungan di antara RTB dan kerajaan perlu dikaji semula, dengan tujuan untuk membentuk  perhubungan yang bersifat lebih berkerjasama, bukannya bersifat mengawal. Disertasi ini meneroka cara-cara untuk membantu menggalakkan dan meningkatkan perpaduan negara, kemajuan dan sistem penyiaran yang lebih demokratik, yang boleh memberikan khidmat sebagai forum yang penting bagi perdebatan awam dan negara serta memastikan kebebasan bersuara dan hak warganegara.
Recently Viewed Items
1
Masakan Brunei
Masakan Brunei
$10.00
2
Kamus Tutong - Melayu / Melayu - Tutong
$7.00 more »
3
Koleksi Petua Ibunda
$5.00 more »
Hi! Welcome to Krafiti
.......................................
At Krafiti we support Brunei's author and publisher online. We hope that you find it a good place to buy some Brunei's books. Your prices including handling and shipping is in Brunei or Singapore Dollar.

Simply 'search by keyword' for the book title, author, ISBN, publisher you want or browse our subject categories and sub-categories to find your interests.

We are a small team, but one that cares about your online experience with local books. And we have the one low shipping charge for delivery to anywhere in Brunei. We also welcome and cater for international customers all over the world.