Penulis: Haji Mohd. Salleh Abdul Latif Penerbit: DBP, Brunei Tahun Terbitan: 2003 Muka Surat: 171p Binding: Kulit Nipis ISBN 99917-0-323-3
Jisim yang bernama Tokoh ini betul-betul bikin aku kacau, ayah dan ibu. Jisim ini semahu-mahu menganggu kita. Sedang bicara, dia muncul. Sedang belajar, dia muncul. Sedang bersiar-siar, dia muncul. Sedang mimpi, dia muncul. Sedang berlari, dia muncul. Sedang berangan-angan, dia muncul. Sedang tidur, dia muncul. Sedang makan, dia muncul. Sedang istirahat, dia muncul. Sedang kerja, dia muncul. Sedang bual-bual ringan, dia muncul. Sedang rancak-rancak tulis surat, dia muncul. Serta sedang fikir-fikir untuk cerita kepada ayah dan ibu, pun dia muncul. "Betul." "Aku yang bernama jisim yang bernama Tokoh selama ini yang menganggu kamu adalah bisikan hatimu sendiri." "Jadi sebab itu kaumuncul dalam diri siapa saja." "Ya, aku iaitu jisim yang bernama Tokoh itu sebetulnya adalah bisikan hati diri sendiri. Aku tetap muncul dalam setiap diri individu itu. Aku adalah bisikan hati dirimu sendiri." "Bagaimana pula sel-sel lain?" "Itu bukan urusanku. Aku adalah bisikan hati dirimu sendiri. Aku boleh muncul pada siapa saja sebab itu memang tugasku. Aku adalah dalam dirimu sendiri. Aku adalah dirimu sendiri, siapa pun kau itu. Jadi bila kaucuba tegah aku, itu bermakna kaucuba menegah dirimu sendiri. Mana jadi!" Aku lalu kembali dalam diri sendiri. Membenam. Tenggelam dalam diriku sendiri. Rupanya jisim yang bernama Tokoh selama ini adalah diriku sendiri. |